Resepi Kek Coklat Moist Berkeju!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Kek Coklat Moist Berkeju!!


Resepi asal Devil's chocolate cake tapi saya tukar nama hehe.. kek ini tidak muak kerana rasa coklat yang enak bercampur dengan rasa cream keju yang sedap. Tekstur kek juga lembab kerana menggunakan buttermilk dan air. Saya bakar 2 buku untuk birthday anak buah dan mereka sangat sukakannya!

Bahan-bahannya:


  • 2 cwn tepung serbaguna
  • 1 cawan serbuk koko (untuk hidangan family sy suka menggunakan serbuk koko Cadbury, Delfi, Hershe atau Van Houten kerana rasanya yang lazat)
  • 11/2 sdt baking soda
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cwn butter (115 gm) dilembutkan pada suhu bilik.
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur saiz besar
  • 11/2 sdt esen vanilla
  • 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu sejat/full cream/segar + 2 sdb jus lemon)
  • 1 cwn air panas


Bahan-bahan untuk membuat frosting krim keju:


  • 250 gm keju - dibiarkan pada suhu bilik
  • 125 gm butter - dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 cwn gula aising
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit jus lemon


Bahan Untuk Coklat Ganache:


  • 200ml double cream/whipping cream (lebih kurang sekotak yg kecil)
  • 250gm chocolate cooking,dipotong dadu (sy suka brand van houten/colatta atau beryls)
  • secubit garam


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan oven pada suhu 350'F/180'c
  2. Kek yg telah dimasak disejukkan terlebih dahulu sebelum di belah dua dan disapukan dengan krim keju. Jika mempunyai loyang yang lebih kecil boleh di bakar dalam 2 loyang jadi tidak perlu dibelah dua.
  3. Kemudian cantum semula kek tersebut dan curahkan coklat ganache agar menutupi seluruh permukaan kek.
  4. Hias pula dgn coklat curl atau hiasan yang anda gemari.


Cara Membuat Krim Keju:


  1. Putar krim keju dan butter sehingga sebati,kemudian letakkan gula aising,esen vanilla dan jus lemon.
  2. Teruskan memutar hingga gebu.


Cara Membuat Coklat Ganache:


  1. Sapukan butter pada kertas pembakar dalam loyang kek (saya gunakan loyang bulat 9 x 13 inchi)
  2. Ayak tepung bersama-sama baking soda, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
  3. Menggunakan mixer high speed,putar butter dan gula hingga sebati dan kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu, putar lagi hingga semua bahan sebati.
  4. Turunkan mixer pada level rendah, masukkan bahan-bahan kering berselang-seli dgn bahan cecair, kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
  5. Bakar selama 45-60 minit.
  6. Menggunakan kaedah double boiler, panaskan double/whipping cream hingga hampir mendidih.
  7. Kemudian masukkan coklat masakan, dan garam.
  8. Kacau rata hingga sebati.
  9. Hiaskan kek dengan coklat ganache apabila coklat telah disejukkan.
  10. Selamat mencuba!!...


Oleh : RMUS
Resepi Kek Coklat Moist Berkeju!!

Resepi Kek Coklat Moist Berkeju!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kek Coklat Moist Berkeju!!"

Post a Comment