Resepi Murtabak Roti Daging!! (SbS) | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Murtabak Roti Daging!! (SbS)

Resepi Murtabak Roti Daging!! | Salam semua, jom kita cuba resepi murtabak roti daging ini pula.. sedap ni..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Haruman Luqman



Bahan-bahannya :-

* Roti gardenia 12 keping
* Isi daging cincang
* Kentang yang didadukan
* Bawang besar didadukan
* Bawang putih 3 ulas
* Cili padi
* 2 sb serbuk kari
* 1 sk lada hitam kisar
* daun bawang
* Telur
* Susu cair
* cheesedale / cheese ~ sy tak letak sebab takder

Semua pakai agak jer ok..



Cara Buat Inti

Cara-caranya :-

- untuk masak daging saya menggunakan periuk noxxa.. tumiskankan bawang putih, bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & lada hitam kacau hingga sebati..

- setelah itu masukkan serbuk kari & masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang & cili padi. Kacau hingga sekata..

- tutup periuk Noxxa & HP dalam 2 minit.. setelah siap last sekali tekan mood stir fry, masukkan garam & pak aji dan taburkan daun bawang. Siap.




Dibekas lain kacau telur dan tambah susu cair dalam 2 cawan.. agak2 korang la yer.



Di dalam loyang 4 segi.. korang sapu butter dulu.. susun roti begini..



Layer ke 2 letakkan inti daging..



Layer ketiga curahkan telur tadi.. * korang buat adunan sampai abis.. & nak letak cheesedale pun boleh.. tapi saya tak taruk sebab takder.. Kalau ada, pasti meleleh beb.. hehe



Lapisan atas sekali taburkan daun bawang & cili padi cincang.. & curahkan telur.. kalo nak letak parutan cheese pun boleh.. takder hal..

Bakar dalam oven dengan suhu 220'c selama 40 minit.



Selepas 40 minit



Siap!! Sedappp....

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

4 Responses to "Resepi Murtabak Roti Daging!! (SbS)"

  1. Cantik gambar yer.. ambik dari blog ni ker??? http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html
    Siapa la sumber haruman luqman tu yer... ciplak gambar siap seketul ambik.. bravoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mohon Haruman Luqman tukar dapur sebab Mama Jue dah detect tu dapur dia :D

      Delete
  2. Mohon kredit pada pemilik asal gambar dan entri http://mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html.

    Beretika sikit bila tulis blog. Kalau copy paste entri org lain, bagi lah kredit sekali. Ni siap copy paste semya sebijik, siap gambar pun nak copy paste

    ReplyDelete
  3. Mohon jangan ciplak hak resepi orang lain nak dapatkan populariti.. tak malu ke ambil org hak org dan mengaku resepi sendiri? Saya sebagai foodblogger boleh viralkan benda ni. mohon ambil tindakkan kreditkan pada pemilik asal. Sila jadi manusia beretika sedikit

    Resepi original: http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html

    ReplyDelete