Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak!!

Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak!! Jom masak... sedappppp!!

Bahan-bahannya:

  • 1 kilo daging segar
  • 1 1/2 sudu jem strawberi
  • 1 1/2 sudu mentega kacang halus (peanut butter)
  • 5 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak biasa
  • 5 sudu kicap masin
  • 5 sudu kicap manis Saus ABC
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 bj buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 laras besar kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 keping asam gelugur
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukupnya


Bahan untuk dikisar: 

  • 1 batang lobak merah
  • 2 genggam kismis hitam
  • 3 labu sederhana besar bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas


Cara penyediannya:

  1. Potong daging saiz sederhana dan bersihkan
  2. Perap daging dengan bahan kisar yang telah dibahagi dua, kicap masin, kicap manis ABC dan kicap pekat selama 15 minit.
  3. Masukkan sekali jem strawberi dan mentega kacang. Gaul sebati.
  4. Cairkan minyak sapi yg dicampur minyak masak tadi.
  5. Tumis rempah ratus, dan separuh lagi bahan kisar dan daun pandan dalam kuali. Tumis hingga garing.
  6. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan masukkan sedikit air untuk empukkan daging.
  7. Biarkan daging masak dengan api sederhana kecil hingga sedikit kering.
  8. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila daging mula empuk, masukkan asam gelugur.
  9. Masak lagi hingga daging betul-betul empuk.
  10. Jika kurang empuk masukkan sedikit air lagi dan keringkan hingga empuk.
  11. Padam api bila daging sudah masak.


Tips: Potong daging mengikut urat yang betul jika mahu daging cepat empuk dan tidak liat:)

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Oleh : Raden Galuh
Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak!!"

Post a Comment