Cara Buat Air Katira Sedap!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Cara Buat Air Katira Sedap!!

Cara Buat Air Katira Sedap!! | Untuk minuman penghilang dahaga kami, ita sediakan air katira. Air katira ni cukup popular di Johor dan kebiasannya bila bulan Ramadhan maka ramailah yang menyediakan atau pun menjual air katira di bazar Ramadhan. Tapi sekarang payah nak jumpa air katira yang original di pasaran. Kebanyakkannya air yang segera.. tak ada rasa kadang kala. Air katira yang best sekali pastinya air katira Abu Bakar. Tapi dah mahal dah... tahun lepas ita beli 1 botol 1.5 liter hingga mencecah RM 15 sebotol. Tahun ni tak tahulah berapa..? dengan harga badam yang melambung di tambah lagi GST pasti harganya naik berkali ganda lagi..

Bahan yang diperlukan:


  • 7 biji badam
  • 7 biji kismis
  • 3 biji kurma ~ buang bijinya


Bahan ini di masukkan dalam mesin pengisar dan kisar bersama sedikit air hingga halus. Ketepikan

  • 3 biji kembang semangkuk ~ rendam dalam air panas hingga kembang * buang kulit dan bijinya
  • 3 sudu kecil biji selasih ~ rendam dalam air panas hingga kembang
  • segengam kismis
  • 5 biji getah anggur ~ cuci bersih dan rendam hingga kembang
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat manis
  • gula secukupnya
  • 1 sudu teh esen pisang
  • sedikit pewarna hijau apple
  • secubit garam


Cara buat:


  1. Gula , daun pandan dan air di masukkan dalam periuk dan masak hingga gula larut dan air mendidih
  2. masukkan bahan kisar dan kismis dan masak lagi hingga mendidih
  3. Bila mendidih, kecilkan api, masukkan susu cair, susu pekat , esen pisang, pewarna hijau, secubit garam dan getah annggur
  4. Biar merenih sebentar dan pekat sedikit
  5. Tutup api, masukkan kembang semangkuk dan biji selasih
  6. Rasakan manisnya, jika nak letak ais kena buat manis ya.. tambah lagi gulanya
  7. Biarkan sejuk
  8. Letakkan ketulan ais dan aiscream soda untuk rasa segar


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
InsyaALLAH peroleh pahala..


Sumber : Azlita Masam Manis
Cara Buat Air Katira Sedap!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Cara Buat Air Katira Sedap!!"

Post a Comment