Resepi Tiramisu Cheesekut Leleh (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Tiramisu Cheesekut Leleh (SbS)

Resepi Tiramisu Cheesekut Leleh | Rentetan daripada projek memikat hati suami malam tadi.. nih nak share la cara buat kuih yang sesimple ABC sesedap hingga nak buat lagi..hehe.. ni kali ke 5 buat kiki...

Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Zubaidah Awang




Bahan-bahan:

✔️ 3/4 drpd ream cheese(guna tatura) yg 500gm. nk guna lain pon boleyy

✔️ Biskut marie (guna perisa kopi utk meningkatkan aroma tiramisunya)

✔️ 2/3 cawan susu pekat

✔️ 1/2 cawan susu cair

✔️ Serbuk kopi & bancuhan air kopi tanpa gula



Masukkan cream cheese, susu pekat, susu cair dalam bowl yang sesuai



Pukul dengan mixer sampai sebati. 

Nak pukul manual dengan tangan pun boleh tapi kena sado la hehe



Camni dah okey..



Ambil 1 senduk buh dalam bekas camni biar rata



Bancuhan kopi tadi tak muat cicah dalam cawan so transfer ke bekas yang bersesuaian senang nak mencicah.

Rendam sekali lalu je dalam 2 saat jangan lama nanti lembik tak sedap dan biskut hancur



Haaa.. susun gini ek



Tambah lagi bancuhan cream cheese tadi pastu tabur sikit serbuk kopi tanak tabur pun boleh..

Nak tabur milo ke.. nestum ke... boleh jee 

Susun lagi selang seli biskut dan cheese macam step tadi tuu sampai cheese abes.. lapisan atas tebalkan sikit cheese baru mavelesss..



Ha ni la rupa dah siap sampai lapisan atas..

Bolehlah nak letak coklat cair ke.. coklat ape-apa mengikut kehendak masing-masing

Pastu simpan dlm peti ais 6jam ke atas baru best..

Digalakkan buat malam hari sementara nak boleh makan tu, tido dilu..

Kalau buat siang kang jap-jap buka peti jap-jap bukak peti (melalui pengalaman sendiri hahaha)



Jeng-jeng dah siap... boleh makan seisi keluarga... sejuk-sejuk nyummm3

*ni gambar kali pertama buat dulu tahun 2013. Tak berapa leleh sangat. sekarang buat cheese mesti nak kena leleh sedapppp

Selamat mencuba gaissss!!!
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Tiramisu Cheesekut Leleh (SbS)"

Post a Comment