Resepi Udang Lipan Ranggup (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Udang Lipan Ranggup (SbS)

Resepi Udang Lipan Ranggup | Manisnya udang ni. Sedap & murah, Alhamdulillah masih ada lauk sedap pada harga mampu beli sekarang. Saya sertakan cara siang udang ni & resepi untuk dapat rangup cantik. Yang mengidap asma boleh buat sup ye.

Udang lipan ni jarang orang nak makan sebab rupanya nampak geli kan.. tapi sedap wehh... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Sumber : FB Yuss Aisya‎


Jom tengok cara buat, di bawah..

Resepi Udang Lipan Ranggup http://banyakresepi.blogspot.my/


Banyak ni cuma RM10..

Kenapa murah? Sebab kurang permintaan. Ramai takut nak siang. Pasni ramai reti siang. Mahal la dia.. hihi.. tempat lain mungkin jauh lebih murah... 



Gunting kanan



Gunting kiri



Gunting ujung ekor, dan cakkk tu dia selak je baju dia gitu kikiki



Bahan untuk salut :

• 3 sudu tepung gandum

• 2 sudu tepung jagung

• Garam toksah banyak udang ni semulajadi masin

• kunyit

• mustard powder (x de pon x pe)

• Serbuk lada hitam

• 1 sudu teh baking powder

• Gaul semua salut udang

• Jangan bubuh air setitik pun ye

• Last, salut pula serbuk roti buat sendiri je. (lupa snap gambar)



Goreng. Time goreng kadang nampak lemak dia mengalir keluar putih-putih macam cheese cair gitu. 

Tips:

1. Pastikan yang fresh baru boleh buat cam ni ye. Kalau udang x fresh isi dia hancur. 

Cara nak pilih udang fresh ialah:

Picit bawah perut dia masa beli. Kalau pejal ok. Klau lembik dan rasa kosong stok lama la tu. 




Siap. Makan macam tu je pon ok. .alamatnya x boley behenti. Tau-tau abis. Tobat lahom sedap gila.. 

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..



Tips tambahan:

Lebihan minyak lepas goreng udang ni sedappp sangat. 

Saya kurangkan separuh minyak tu dan buat goreng telur dadar kuali yang sama. 

Masya Allah sedapnya.. telur tu perisa udang. Manis lemak. Umppp!!!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Udang Lipan Ranggup (SbS)"

Post a Comment