Resepi Durian Crepe Enak | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Durian Crepe Enak

Resepi Durian Crepe Enak | (Step by Step untuk yang baru nak berjinak dlm membuat DC ni dan untuk memudahkan rakan-rakan mempelajarinya)

Kulit/crepe (18-20 keping ):

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210ml)
  • 1/2 cawan susu segar (130ml)
  • sedikit esen vanila
  • beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye
  • Filling Kastard + Durian
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gm tepung kastard
  • 250 ml susu segar
  • 2 biji kuning telor
  • isi durian yang dihancurkan
  • Filling Whipping Cream
  • 500gm whipping cream 
  • 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

Caranya utk kulit/crepe ~ cara nak dptkan crepe yang nipis

  1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
  2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
  4. Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi..kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
  5.  Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat

Cara untuk Filling Kastard + Durian:
  1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor,dan susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
  2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
  3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair

Cara untuk filling Whipping Cream:
  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu..
  2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.
  3. Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe" sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) , kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi..
  4. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..jgn keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak) 

Sumber : FB Tahrunnisah Jali

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..









About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Durian Crepe Enak"

Post a Comment