Cara Buat Sos BBQ Special | Aneka Resepi Masakan 2017

Cara Buat Sos BBQ Special

Cara Buat Sos BBQ Special | Hari tu dok intai-intai dapur Diana, terjumpa resepi sos ni... ape lagi terus salin dan buat... memang tak menghampakan, walaupun ada bahan yang Liza xletak sebab xde stok.. pertama kali Liza buat untuk makan dengan oblong... memang meletup dan melompat-melompat dalam mulut...hihihihi, ayat sape tu...

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx Diana...

Bahan-bahannya:
  • 3 tbsp minyak
  • 1 tbsp bawang putih cincang
  • 1 biji bawang besar _ dicincang
  • 1 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
  • 5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
  • 3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee )- guna kicap manis
  • 1/2 tsp serbuk rempah 5 - Liza xletak
  • 1 tsp lada hitam kisar - tambah lg 1s/t
  • 1 tbsp gula
  • 1 tsp garam
  • 300 ml air

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya. 
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih. 
  3. Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit. 
  4. Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan kegemaran.

Sumber : Liza @ Intai Dapur

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Cara Buat Sos BBQ Special http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Cara Buat Sos BBQ Special"

Post a Comment